Wednesday, July 15, 2009

SETEM


JILAT LEKAT POS!-SETEM

Cuba bayang kan harun salim bachik, sathiya, and afdlin shauki dalam satu movie… kecoh beb!

Hari selasa lepas aku telah berkesempatan menonton filem terbaru arahan khabir bathiya berjudul SETEM di Tropicana Mall. Filem yang membariskan pelakon yang mantap seperti vanida imran, que haidar, bront , sathiya, harun salim bachik dan ramai lagi.

Memang kelakar..

Filem bercorak aksi komedi ini mengisarkan mengenai 2 orang anak yatim yang mempunyai kemahiran untuk menipu orang. Kire macam con man lah.. Diorang nak mencuri setem yang bernilai 4juta yang akan dipindahkan ke Muzium Melaka untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang mereka pernah tinggal suatu masa dahulu. Jadi cerita ini melibatkan perebutan setem yang bernilai jutaan ringgit. Terdapat pelbagai pihak cuba untuk mencuri setem tersebut. Dan pelbagai perkara yang melucukan terjadi.
Dengan editing yang kemas dan penggunaan transition dari satu babak ke satu babak yang menarik menjadikan filem yang berdurasi 110minit ini terasa sekejap.

Pujian harus diberikan kepada sathiya yang telah berjaya menjayakan watak nya dengan berkesan. Dari awal sampai habis ada saja yang dia buat lawak. Legend betul mamat nie… serius!

Harun salim bachik jadi mamat indon, pastu ada gangster india yang cakap merapu and gangster cina yang cakap utara… memang lawak.

Filem yang menggunakan acuan dari filem Lock Stock And Two Smocking Barrell(1998 arahan Guy Ritchie),and Snatch telah berjaya menjadikan kabir bhatia seorang pengarah yang berjaya membawa pembaharuan di Malaysia.Dalam hal menterjemah dan mengeksploitasi keunikan masyarakat malaysia, seharusnya usaha Kabir dipuji kerana dia adalah satu-satunya pengarah filem yang tidak pernah jemu menyelitkan mesej dan nilai budaya yang positif selain menyemarakkan semangat rakyat Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa babak yang mencacatkan dan boleh menimbulkan persoalan kepada penonton tetapi semua itu dapat dimaafkan.
Filem ini juga ada menyelitkan sindiran kepada rakyat Malaysia.

lagi best dari Cuci and Los and Faun..


keluar satu Malaysia 30 Julai 2009..

Sunday, July 12, 2009

thanks to onn kerana telah memperkenal kan aku dgn john dillinger. 3 tahun lepas masa aku tengah layan lagu the dillinger escape plan aku ter google pasal band nie tetibe aku dapat tahu dillinger ni adalah seorang perompak bank yg feymes pada tahun 1930.

Then aku mula baca pasal john dillinger nie. Aku mula kenal baby face and pretty boy apetah.

Jadi aku mmg agak x sabar nak tgk filem public enemies. So tercapai lah hasrat aku semalam.

Filem yg berlatar belakang tahun 1930 dan era kegemilangan jenayah terancang kt US. Filem arahan micheal mann ni menceritakan bagaimana kehidupan seorang pencuri yg hebat.

Dengan barisan pelakon yg mantap seperti DEPP and CHRISTIAN BALE, filem ni masih belum berjaya utk menjadi filem yg menarik. Dengan pembentukan watak yg lemah dan jalan cerita yg sederhana menjadi kan filem ini belum sebaris dengan THE UNTOUCHABLE, ROAD TO PREDICTION AND GODFATHER.

Mmg x di sangkal filem ni mempunyai prop yg mantap, kereta yg cantik, editing yg superb dan baju yg stailo tp filem ni memang nak jual JOHNNY DEPP saje. Filem ni lebih menjurus kepada percintaan John dillinger and billie jer. JOHNNY DEPP memang pecinta wanita tp bukan perompak bank. Padahal john dillinger terkenal ngan merompak bank. Dalam filem ni aksi merompak hanya biasa2 saja. Mcm koboi rompak bar je.

Jadi pesanan kepada siapa yg nak tgk filem ni g lah tgk. Cite ni biasa2 je.. Ada JOHNNY DEPP AND CRISTIAN BALE je. Yg lain biasa2 je.

Lepas ni aku nak tengok cite khabir baru SETEM.

Thursday, June 25, 2009

Kita hilang raja

yeap King of pop dah xde kat dunia nie..

kul 7.22 pagi tadi aku dapat msg, ingat dari bos aku(sbb dia mmg suka msg aku pepagi buta) hehe.. rupa2 nya awek aku nak bg tahu yg si MJ dah mati..

aku xde lah nak sedih ker ape coz MJ nie m,mg tak de pertalian darah ngan aku and dia tak de kena mengena ngan aku.. so xper lah..

pastu pagi td g opis semua radio main lagu dia lak.. kecuali XFM yang tak hot tapi cool..

aku dari kecik lagi dengar lagu dia. memang tak dinafikan lagu dia ada yang sedap. macam lagu You Are not Alone ciptaan sepenuhnya R Kelly. lagu tu masa aku sekolah rendah top tue..

tapi yang pasti dia sempat juga melawat malaysia.dia datang malaysia tahun 1996(kalau x salah lah) kecoh beb!

so paperhal rest in peace bro!

Tuesday, June 23, 2009

im back

dah lama x tulis paper..

aku buat blog ni dulu pun sbb aku bosan dan sbb ada sorg kawan aku ajak buat blog nie.. konon cool lah ada blog.. hehe

SKARANG AKU DAH BOSAN BALIK!!

State of play..
citer nie mmg aku nak tengok lama dah. selepas aku dah terlepas citer brother bloom. thanks to my gf coz nak tengok citer nie jugak.

1st skali yang aku nk tgk sangat citer nie sbb director dia kevin mcdonald mamat yang sama buat citer last king of scotland yang memang aku minat, pastu ada lak russel crowe yang agak stailo untuk watak reporter yang otai..

so citer dia xde lah complicated sangat dia bermula bila ahli congress nie ada skandal yg boleh mnjatuhkan dia, so dia pun g lah mintak kawan dia yang dia dah lama tak contact coz dia dah tak tahu nak g mana. biasalah kalau dah susah xde sesaper baru nak cari kawan, bile senang lupa.. hehehe..

so kawan dia nie mmg reporter yang otai so kawan dia willing nak tolong untuk nak bersih kan nama kawan baik dia. so dia pun dapat rasa ada skandal yang lebih besar di sebalik tue..

citer ni bagi aku mmg okay cuma ada part yg xpayah letak pun xper. pastu pelakon perempuan tu not bad (dari segi look bukan talent) hehehe..

pastu mmg citer ni x bosan coz director berjaya buat kite rasa nak tahu apa jd next dan kenapa.. jadi kite macam kena pikir sikit.

dengar citer watak reporter ni mula2 diorg nak brad pitt, dia dah setuju then dia tarik dori last minit.. tapi russel crowe pun best asyik brad pit jer bosan gak (lepas ko, ko lagi)..

so pegi lah tengok wayang. kalau nak tunggu dvd clear mamat ah boi(penjual dvd feveret kawan bos aku) ada cakap next 2week dah clear.. jadi belilah..



-aku x nak tgk transformer lagi sebab aku tak cool macam korang-

Saturday, November 8, 2008

Madagascar 2

hahahahaha aku dah tgk movie nie.. keluar minggu depan..

kalau korg suke citer yg first dulu korg akan suka yg nie.. btul!
cuma lawak dia kurang sikit lah but still berbaloi untuk menenangkan kepala otak yg kusut ngah buat academic writting..

A MUST WATCH MOVIE !!

I like to.... MOVE IT.. MOVE IT...!!

Thursday, November 6, 2008

bond.. james bond..

aku dah tgk bond. agak awal jugak lah aku tgk citer nie..
aku suka lah citer nie.. ;)

kenapa korang pun kena tgk citer nie... senang jer coz citer ni danial craig belakon dan pengarah dia marc forster. ni baru citer action.. hehehe..

btul.. janji x tipu..

pembaharuan yg diorg buat nie mmg berjaya untuk menjadikan bond sesuatu yg fresh. seperti sebelum ni bond tak memerlukan gadjet yg merapu seperti jam laser, keta bawak guna phone.dan macam2 lagi... dah bosan.. tapi keta untuk filem ni semart! trust me!
bond hanya perlukan pistol jer.. cukup..

filem bond kali ni ada kesinambungan dari citer yg sebelum ni.. pasal kematian cinta hati bond yg dah mati, vesper. dia konon nya telah belot dengan bond. tapi bond tak percaya.. then bermula lah pengembaraan bond untuk menjejaki pembunuh vesper..

mission kali ni tak lah complicated sangat. tapi yg aku respect scene kejar mengejar yg cantik. cuba check masa bond jatuh atas bumbung kaca masa awal citer.. cantik.. ;)

pastu awek bond dalam citer nie BOLEHHHLAHH....

yang pasti danial craig berjaya jadi bond yg semart. pergilah tengok.. jalan citer yg simple and penuh dengan action..

tengok jangan tak tengok...

Friday, October 24, 2008

aku dah tgk High School Musical 3

yeap btul aku tak tipu. janji.. aku dah tengok.

aku tak tahu aper diorg pikir.. nak sogok budak2 ngan citer macam nie.pastu lagu dia aku rasa mesti diorg upah producer power coz its a musical movies (lagu dia okaylah) tapi tak kan lah diorg x leh nak invest sikit upah comedian writer untuk buat skrip untuk kasi lawak sikit citer ni.. diorg langsung x mencuba untuk buat lawak. line yg aku paling ingat dalam citer ni ialah ''I wouldnt sing with you if I were starving and you were the last pickle at the picnic.'' rase nyer macamtulah.. tu pun x lawak. huhu...

kamon aku bukan tak suka film musical.. aku pun tengok Lion King.. Sweeney Todd.. tapi citer ni takde plot. citer hindustan pun aku rasa lagi best..

mungkin kerana,

aku rasa aku bukan target audiens diorang. diorang buat untuk budak-budak yang hanya nak enjoy movie and nak menyanyi..

dengan jalan citer yang tah aper2 mungkin akan ada sambungan citer ni coz pengarah citer ni x payah pikir jalan citer yg complicated untuk sambung. ni mungkin antara tajuk filem diorg, High Skool Musical 4 - Adulthood or Troy and Gabriel The Musical.
coz citer dia mmg pasal dua org nie jer

so kepada sesape yang nak tengok filem ni aku tak kisah. tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. pergilah...

nasihat kepada yg nak menonton : cerita ini tidak mempunyai sebarang adegan letupan, mahupun lawak yang melucukan, tapi mempunyai sebuah tree house yg cool dan adegan cium yang panjang.... TEtt!