Wednesday, July 15, 2009

SETEM


JILAT LEKAT POS!-SETEM

Cuba bayang kan harun salim bachik, sathiya, and afdlin shauki dalam satu movie… kecoh beb!

Hari selasa lepas aku telah berkesempatan menonton filem terbaru arahan khabir bathiya berjudul SETEM di Tropicana Mall. Filem yang membariskan pelakon yang mantap seperti vanida imran, que haidar, bront , sathiya, harun salim bachik dan ramai lagi.

Memang kelakar..

Filem bercorak aksi komedi ini mengisarkan mengenai 2 orang anak yatim yang mempunyai kemahiran untuk menipu orang. Kire macam con man lah.. Diorang nak mencuri setem yang bernilai 4juta yang akan dipindahkan ke Muzium Melaka untuk menyelamatkan rumah anak yatim yang mereka pernah tinggal suatu masa dahulu. Jadi cerita ini melibatkan perebutan setem yang bernilai jutaan ringgit. Terdapat pelbagai pihak cuba untuk mencuri setem tersebut. Dan pelbagai perkara yang melucukan terjadi.
Dengan editing yang kemas dan penggunaan transition dari satu babak ke satu babak yang menarik menjadikan filem yang berdurasi 110minit ini terasa sekejap.

Pujian harus diberikan kepada sathiya yang telah berjaya menjayakan watak nya dengan berkesan. Dari awal sampai habis ada saja yang dia buat lawak. Legend betul mamat nie… serius!

Harun salim bachik jadi mamat indon, pastu ada gangster india yang cakap merapu and gangster cina yang cakap utara… memang lawak.

Filem yang menggunakan acuan dari filem Lock Stock And Two Smocking Barrell(1998 arahan Guy Ritchie),and Snatch telah berjaya menjadikan kabir bhatia seorang pengarah yang berjaya membawa pembaharuan di Malaysia.Dalam hal menterjemah dan mengeksploitasi keunikan masyarakat malaysia, seharusnya usaha Kabir dipuji kerana dia adalah satu-satunya pengarah filem yang tidak pernah jemu menyelitkan mesej dan nilai budaya yang positif selain menyemarakkan semangat rakyat Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa babak yang mencacatkan dan boleh menimbulkan persoalan kepada penonton tetapi semua itu dapat dimaafkan.
Filem ini juga ada menyelitkan sindiran kepada rakyat Malaysia.

lagi best dari Cuci and Los and Faun..


keluar satu Malaysia 30 Julai 2009..

4 comments:

Ishmael Hussain said...

woi.
spoiler la.
cit!

TENGKU ELENA said...

PS: dihujung filem akan muncul satu makhluk cantik berkebaya pink.. jeng.. jeng.. jeng..


Chis!! Marah ni..!

Naz Nadhira said...

mcm mnarik utk di tengok je :)

Hasnol Jafaar said...

dah ada peningkatan.