Thursday, September 10, 2009

The Ugly Truth

hari isnin lepas gf aku ajak tgk premier citer nie kat e@curve. aku tahu citer ni chick flick so aku memberanikan diri untuk menonton citer nie.. hehe

citer lakonan Katherine Heigl dan gerard butler. mengisahkan serang perempuan yang bekerja sebagai producer disebuah stesen tv. tetapi mempunyai masaalah untuk mencari teman lelaki. then adalah orang lelaki yang dia x suka nak tolong dia dapatkan date.. alah dah biasa dah cerita macam nie...

tapi cara penceritaan cerita nie sangat menarik. nak kata chick flick sangat pun x juga. mmg ada class yang tersendiri lah citer nie. lakonan gerard butler mmg lain dari yang lain. mmg cool and charming plus slumber.

part lawak dalam cerita nie mmg akan bagi kiter gelak secara spontan. sesuai untuk couple nak tengok. berbaloi tengok. tapi tak sesuai sangat untuk budak2 coz lawak dia lucah sikit.

P/S : citer romantic comedy yang best.

final destination 3D

final destination mmg filem yang peuh dengan kematian yang mengerikan. filem yang mengajar kita yang kita mmg x boleh mengelak maut. kalau tak, maut cari kiter.. hehe. jadi aku plan nak tengok citer ni coz tengok trailer macam layan jer.. so aku pun g tgk yang 3D nye.

mengisahkan sekumpulan remaja yang pergi tgk race then salah sorang dari mereka nampak apa yang akan berlaku (biasalah dah mmg citer dari 1st macam tu)

opening scenes agak menarik tapi melampau-lampau. kereta racing crash tapi nampak macam tengah berperang. meletup sana sini.. mayat bersepah.. hehe..

memandangkan aku tengok yang 3D terasa lah sikit menarik. adalah darah yang memancut, skru yang tercampak, berbaloilah bayar mahal sikit..

film nie kalau korang semua tak tgk pun takper.. nothing new. diorang dah abis idea. sesetengah cara kematian diorg sama jer macam yang lepas2. pastu kali nie banyak benda yang x masuk akal. cara diorg mati simple jer.. tak menarik langsung..

jadi korang kalau nak tengok baik tengok kat wayang jer.. kalau tunggu dvd and downdload mmg x best. coz diorg pakai banyak cgi. so aku rasa tak cantik kalau tengok kat dvd. tapi kalau nak berbaloi-baloi tgk yang 3D terus.. hehe

P/S : suka yang secongd punya kot, yang ada lori balak tu. perggh dasyat.