Thursday, October 29, 2009

Inglourious Basterds


berani, lain dari yang lain, interesting , fairy tale yang ganas.

memang Quentin Tarantino terkenal dengan cerita2 yang lain dari yang lain. terkenal dengan cerita pulp fiction, kill bill dan dia juga pernah mengarah 2 episod CSI.

cerita ini jelas sekali mengankat jew atau yahudi tetapi cara penceritaan nya membuatkan sesiapa yang tak tahu sejarah percaya termasuklah saya. tetapi filem ini harus diberi pujian kerana secara keseluruhan ia adalah sebuah filem yang bagus. walaupun durasi filem ini agak panjang dari yang lain tetapi tak terasa lamanya.

story making and story telling untuk filem ini bagi saya cukup lengkap..

lakonan brad pitt sebagai aldo juga sangat berkesan dan mampu membawa gelak ketawa dengan dialognya yang bersahaja. dibantu juga dengan watak Col. Hans Landa yang sangat licik.

sound effect sangat menyentuh kalbu.

jadi kepada sesiapa yang belum menonton filem ni pegilah menonton nya. berbaloi bayar RM10 untuk filem yang begini.

pendek dan ringkas kerana filem ini sangat best..


ps : ada scene perbualan yang panjang and by d way jangan tengok cerita NINJA. sampah.

Friday, October 23, 2009

cuci the musical


sejak akhir akhir ni banyak sangat filem yang nak di musical kan. impak maksima lah. cicakman lah dan cuci.

walaupun aku bukan lah peminat teater musical, tapi aku kagum dengan semangat diorang. budget besar, prop mahal show sampai 3 hingga 4 jam. menyanyi menari berlari. tapi semua ini untuk kepuasan diri masing-masing.

jadi semalam aku berkesempatan untuk menonton persembahan pertama cuci the musical thanks to my gf elena yang nak ajak aku skali join.. thank you dear!

its a funny show..

start dari awal hingga akhir ada saja dialog yang lawak dari diorang. memang malam tu kecoh dengar orang gelak. tahu sajer lah bila ada afdlin, ac, awie, dan hans (selaku producer.

bagi aku jalan cerita masih sama dengan movie. tapi aku rasa lawak movie tak se best macam lawak the misical. cuci the musical mereka lebih selamba, dan bersahaja. penggunaan pentas yang sederhana jika nak dibanding kan dengan yang lain tapi masih dapat menghidupkan teater tersebut.

audio system agak mengecewakan sedikit kerana ada sesetengah bahagian kurang jelas dialog nya tapi tak sedikit pun mencacatkan pementasan tersebut.

pementasan yang berlangsung sehingga 4 jam ini turut membariskan vanida imran dan adibah nor. adibah nor patut diberi pujian kerana berjaya membuat penonton terbahak-bahak melihat aksinya bersama awie.

keseluruhan teater ini sungguh menghiburkan. bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke istana budaya inilah pemantasan yang sesuai untuk anda untuk melihat sendiri pentas teater yang boleh tukar2, naik turun dan memanjang. tiada penggunaan bahasa baku dalam teater ini. tiada dialog yang meleret. mungkin anda sedikit terganggu dengan extra yang terlalu hendak menonjol.

P/s dewan tu sejuk melampau and ac mizal mmg masuk air.