Friday, October 23, 2009

cuci the musical


sejak akhir akhir ni banyak sangat filem yang nak di musical kan. impak maksima lah. cicakman lah dan cuci.

walaupun aku bukan lah peminat teater musical, tapi aku kagum dengan semangat diorang. budget besar, prop mahal show sampai 3 hingga 4 jam. menyanyi menari berlari. tapi semua ini untuk kepuasan diri masing-masing.

jadi semalam aku berkesempatan untuk menonton persembahan pertama cuci the musical thanks to my gf elena yang nak ajak aku skali join.. thank you dear!

its a funny show..

start dari awal hingga akhir ada saja dialog yang lawak dari diorang. memang malam tu kecoh dengar orang gelak. tahu sajer lah bila ada afdlin, ac, awie, dan hans (selaku producer.

bagi aku jalan cerita masih sama dengan movie. tapi aku rasa lawak movie tak se best macam lawak the misical. cuci the musical mereka lebih selamba, dan bersahaja. penggunaan pentas yang sederhana jika nak dibanding kan dengan yang lain tapi masih dapat menghidupkan teater tersebut.

audio system agak mengecewakan sedikit kerana ada sesetengah bahagian kurang jelas dialog nya tapi tak sedikit pun mencacatkan pementasan tersebut.

pementasan yang berlangsung sehingga 4 jam ini turut membariskan vanida imran dan adibah nor. adibah nor patut diberi pujian kerana berjaya membuat penonton terbahak-bahak melihat aksinya bersama awie.

keseluruhan teater ini sungguh menghiburkan. bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke istana budaya inilah pemantasan yang sesuai untuk anda untuk melihat sendiri pentas teater yang boleh tukar2, naik turun dan memanjang. tiada penggunaan bahasa baku dalam teater ini. tiada dialog yang meleret. mungkin anda sedikit terganggu dengan extra yang terlalu hendak menonjol.

P/s dewan tu sejuk melampau and ac mizal mmg masuk air.

4 comments:

Unknown said...

bila orang teater bersuara..

shazreen imani laila said...

aha.....aku xsangke plak ko suke tgok teater...next sem,final aku pon teater muzikal..so marilah datang beramai2 memenuhkan lagi panggung bandaraya kuala lumpur!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

penggiat teater.
tiket percuma xde ke?
wakakakakaka!

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT