Saturday, November 8, 2008

Madagascar 2

hahahahaha aku dah tgk movie nie.. keluar minggu depan..

kalau korg suke citer yg first dulu korg akan suka yg nie.. btul!
cuma lawak dia kurang sikit lah but still berbaloi untuk menenangkan kepala otak yg kusut ngah buat academic writting..

A MUST WATCH MOVIE !!

I like to.... MOVE IT.. MOVE IT...!!

Thursday, November 6, 2008

bond.. james bond..

aku dah tgk bond. agak awal jugak lah aku tgk citer nie..
aku suka lah citer nie.. ;)

kenapa korang pun kena tgk citer nie... senang jer coz citer ni danial craig belakon dan pengarah dia marc forster. ni baru citer action.. hehehe..

btul.. janji x tipu..

pembaharuan yg diorg buat nie mmg berjaya untuk menjadikan bond sesuatu yg fresh. seperti sebelum ni bond tak memerlukan gadjet yg merapu seperti jam laser, keta bawak guna phone.dan macam2 lagi... dah bosan.. tapi keta untuk filem ni semart! trust me!
bond hanya perlukan pistol jer.. cukup..

filem bond kali ni ada kesinambungan dari citer yg sebelum ni.. pasal kematian cinta hati bond yg dah mati, vesper. dia konon nya telah belot dengan bond. tapi bond tak percaya.. then bermula lah pengembaraan bond untuk menjejaki pembunuh vesper..

mission kali ni tak lah complicated sangat. tapi yg aku respect scene kejar mengejar yg cantik. cuba check masa bond jatuh atas bumbung kaca masa awal citer.. cantik.. ;)

pastu awek bond dalam citer nie BOLEHHHLAHH....

yang pasti danial craig berjaya jadi bond yg semart. pergilah tengok.. jalan citer yg simple and penuh dengan action..

tengok jangan tak tengok...

Friday, October 24, 2008

aku dah tgk High School Musical 3

yeap btul aku tak tipu. janji.. aku dah tengok.

aku tak tahu aper diorg pikir.. nak sogok budak2 ngan citer macam nie.pastu lagu dia aku rasa mesti diorg upah producer power coz its a musical movies (lagu dia okaylah) tapi tak kan lah diorg x leh nak invest sikit upah comedian writer untuk buat skrip untuk kasi lawak sikit citer ni.. diorg langsung x mencuba untuk buat lawak. line yg aku paling ingat dalam citer ni ialah ''I wouldnt sing with you if I were starving and you were the last pickle at the picnic.'' rase nyer macamtulah.. tu pun x lawak. huhu...

kamon aku bukan tak suka film musical.. aku pun tengok Lion King.. Sweeney Todd.. tapi citer ni takde plot. citer hindustan pun aku rasa lagi best..

mungkin kerana,

aku rasa aku bukan target audiens diorang. diorang buat untuk budak-budak yang hanya nak enjoy movie and nak menyanyi..

dengan jalan citer yang tah aper2 mungkin akan ada sambungan citer ni coz pengarah citer ni x payah pikir jalan citer yg complicated untuk sambung. ni mungkin antara tajuk filem diorg, High Skool Musical 4 - Adulthood or Troy and Gabriel The Musical.
coz citer dia mmg pasal dua org nie jer

so kepada sesape yang nak tengok filem ni aku tak kisah. tak salah kita mencuba sesuatu yang baru. pergilah...

nasihat kepada yg nak menonton : cerita ini tidak mempunyai sebarang adegan letupan, mahupun lawak yang melucukan, tapi mempunyai sebuah tree house yg cool dan adegan cium yang panjang.... TEtt!

Monday, October 20, 2008

aku dah tgk MAX PAYNE

TEEETTTT..... aku kecewa.

5 dalil kenapa aku kecewa


1. aku rasa sape yg main game dia mesti ingat citer ni banyak scene tembak menembak yg gile2...

2. game ni feymes sebab guna bullet time. jadi pasai apa tak pakai dalam movie? ngok (paling kecewa)

3. citer yg slow..

4. mamat prison break tu mati cepat sangat.. huhu. kasi lah dia chance bergasak dulu.

5. kenapa pakai ludacris? macam kelakar jer mamat tue..


jadi aku keluar wayang dengan kekecewaan..

baik aku tgk bunny house lagi best... hope so.. ;)



Sunday, October 12, 2008

aku dah tengok Eagle Eye

aku dah semangat gle nak tgk citer ni. sbb utamanyanya ialah pengarah citer ni sama dengan citer Disturbia(citer ni aku suka)..

eagle eye ni menggunakan populariti mamat Shia LaBeouf sebagai pelaris.. hehe (tu pun antara sbb aku tgk gak. sbb aku dulu layan even steven)





mula2 citer ni aku dah kagum, mmg aku rasa cool gle sbb aku agak minat citer macam ni. tapi bila aku dapat tahu semua ni bukan keje manusia aku rasa macam shit! huhu..

exciting begining and boring ending.
tulah aku dapat gambarkan citer nie. pengarah ni ambil jalan mudah untuk menamat kan citer ni. sama lah dengan citer Indiana Jones yg menggunakan makhluk asing sebagai penyudah jalan citer. mungkin sebab producer dia orang yg sama kot. kenapalah computer yg begitu bijak bersusah payah untuk membunuh orang dengan menggunakan dua manusia ni. sedangkan dia leh buat sendiri. pastu mesin tu leh dimatikan dengan sekali ketuk jer.. huhuhu...

idea citer ni dah menarik untuk sesetengah orang tapi tak bagi aku. kalau ni semua bukan keja computer mmg aku suker. Janji tak tipu...

tapi yg best aku dapat tgk billy bob thornton belakon.. lama tak tgk mamat ni berlakon.

selamat menonton..

Saturday, October 4, 2008

aku dan KAMI

hari ini sudah masuk raya yg ke 4. Aku telah melakukan rutin raya aku brsama rakan2.. Iaitu

MENONTON WAYANG.

Tidak seperti tahun2 yg lepas. Aku telah menonton senario xx. Walaupun di pawagam ada senario kami telah memilih utk menonton cite remaja moden zaman kini. KAMI.

Mmg aku mengikut kami the series. Hehe..

Filem ni tidak menggunakan banyak camera dan tak menunjuk kan kemahiran penjaga konti seperti yg ditunjukkan dalam series. Aku layan je filem ni walaupun pelakon laki dia mcm kayu. Dan kekadang terasa sangat simple filem ni. Tp pengarah mengambil jalan berani dgn mematikan seorg watak utama dalam filem ni utk menambah feel. Agak menjadilah bg aku.

Aku suke... Hehe..

Ia satu pengalaman filem yg menarik. Lain dari yg lain. So kalau tunggu vcd pun xpe. Anda x rugi. X mcm cerita pengarah kebanggaan allumni UiTM, razak mohaidin.

Aku telah menonton cite ni sambil mendengar narrator dari org blakang. Cukup pantang aku kalau tgk wayang ada org cuba terangkan scene yg brlaku. Mcm sial.. Huhu

Slamat hari raya.

Thursday, September 25, 2008

aku dan raya

Assalamualaikum,

I would like to wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.
please forgive my mistakes,my words, and wrong doings if any, espacially my futsal frens and my elena.
Have a blessed & wonderfull Aidilfitri with your familia,loved ones, friends and dont forget ur pets.
cherish the love & friendship we had...
its raya time!!!! its makan time!!!! hehehe


perghh berjaya juga aku menggunakan bahasa kebanggaan rakyat malaysia didalam blog aku..

Sunday, September 14, 2008

aku dan perbincangan ilmiah

weekend lepas aku telah mendengar perbincangan rimba yang sungguh ilmiah..

sang kura-kura memuji perbincangan tersebut..

aku dan beberapa teman rimba lain malas nak ambil pot sangat kerana mungkin aku telah muak, mual dan malas.. aku lebih pentingkan permainan poker d facebook.. (walaupun aku tak terer) untuk pengetahuan ramai, rimba ini mempunyai acces internet yang mempunyai kelajuan yang maksima.

perbincangan tersebut menyentuh pelbagai isu sehinggakan aku rasa terlalu intelektual untuk aku. jadi aku senyap jer lah kerana aku belum cukup ilmu didada untuk bercakap sesuatu yang aku tak reti dan mungkin tak akan mengerti. jadi aku biar kan 3 rakan rimba ini bersuara. 2 dari kerajaan haiwan dan 1 dari NGI non goverment individual.

perbincangan tersebut menyentuh mengenai melayu, anwar, umno, kemahuan rakyat, islam dan uitm..

fuyooo.. banyak topik diorang. jadi tak hairanlah jika perbincangan ini mengambil masa sampai 2 jam lebih..

biar pun ada beberapa hujah yang bagi aku agak tak masuk akal dan boleh dikatakan bodoh kedengaran, aku hanya mampu tersenyum dengan sang biawak putih. ini kerana perbincangan tersebut telah menjadikan mereka pandai berkata-kata.

permainan poker aku sedikit terganggu hampir kehilangan wang taruhan aku kerana ada beberapa ketika suara diorang menjadi agak 'bingit'

tapi satu yang aku respect adalah bagaimana cool nya sang kijang menangkis persoalan dengan tenang dan tanpa perlu beremosi. mungkin dia tak hot tapi dia cool kot... bagi aku sang kijang berjaya walaupun kadang2 dia diserang dengan soalan yang bertubi2.. kerana persoalan ini terhasil dari kepercayaan dan jangan lah sesekali mengubah atau mempersoalkan kepercayaan tersebut.. ingat itu sang kijang... hehe..

berita tak sama dengan kenyataan..

akhir sekali aku bersetuju dengan sang biawak putih, "apa yang kita lakukan mestilah datang dari hati. kalau ko tu sapa2 pun hati mau baik." kata sang biawak putih walaupun sang biawak putih tak menyertai perbincangan tersebut.

tahniah kepada semua sang rimba yg menyertai perbincangan tersebut secara langsung atau tak langsung..

esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Tuesday, August 26, 2008

aku kawan2 dan undi

aku rasa kekawan aku kat permatang pauh mesti tengah sibuk.. maklumlah hari raya untuk diorg datang awal.. jual lah apa pun mesti laku.. member aku yang ada bundle pun cakap barang2 dia tengah laku gle...

pastu hari ni mesti kawan2 aku jadi penangkap 'hantu'..

hanya berbekalkan walkie talkie, buku lima dan muka yang ganas jer.. kekadang diorang pakai helmet.. senang..
x payah guna alatan canggih manggih.. :)

kawan aku yang meniaga makan lagi syiok.. hari2 sold out..
x payah meniaga pasar ramadan pun dah cukup duit untuk raya..

sayang sekali aku x dapat balik kampung untuk 'beraya' ngan diorang kerana aku kena kerja.

slamat mengundi.. slamat merdeka..

Wednesday, August 13, 2008

aku sabah dan mistik

aku pegi Sabah petang nie... xdelah happy sangat. biasa jer..

tak tahu nape..

aku akan pegi ke Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Tuaran..

Misi mencari hantu, jin dan sebagainya..

diharap semua dalam keadaan selamat sejahtera.. amin..

Monday, August 11, 2008

aku, sang rimba dan politik

aku pelik....

telah ramai rakan-rakan rimba aku yang tlah jadi pakar penganalisis politik..

bukan nak kate aku terer sangat politik tapi aku rasa macam kelakar bila semua cakap pasal politik. kekadang diorang tak sedar yang diorg tengah memalukan diri mereka sendiri asal kan mereka ada topik yang best untuk borak tapi ckp tak kena ngan fakta. pastu bila tanya ko tahu mana? jawabnya aku dengar org cakap..

aku kagum..

politik ni adalah seni dan ilmu. jadi aku pun dengar jerlah diorg punyer cerita politik.. mane tahu leh tambah ilmu.. hehe... semua ada pendapat. tapi kekadang aku dah nak naik muak sangat kalau rakan-rakan rimba aku ni jadi emotional pasal politik. sikit-sikit dah lah yea..

jangan terlalu taksub pasal politik ni..

Wounds that heal and cracks that fix
Tell me your own politik - by coldplay

Tuesday, August 5, 2008

aku, kura-kura dan rimba

pada satu malam yang panas aku telah ketemu sahabat aku yang bernama en kura-kura. sudah lama aku tak jumpa dia sejak en kura-kura menang perlumbaan dengan sang arnab dari sarawak.

aku memberi salam dia kata 'hai'.....

lalu en kura-kura ni meluahkan lah perasaan nya. dia kata dia dalam keadaan gundah gulana. aku berasa pelik. maklum lah jarang-jarang ketemu terus meluahkan perasaan.

aku layan jer..

setelah mendengar masaalah en kura-kura ni aku terus berasa kasihan kepada en kura-kura ni.. rupa nya dia ada masaalah dengan cik bangau. cik bangau ada hubungan sulit ngan sang biawak. en kura-kura dah kena tipu ish..ish..ish..

kesian. marah. sedih.

tapi nak buat macam mana benda dah jadi. aku pun berilah nasihat apa yang patut. maklum lah en kura-kura ni kawan aku. kawan kalau macamana pun tetap kawan..

layannn...

aku sebenarnya malas sikit nak nasihat en kura-kura nie. kalau nasihat bukan penah dia nak dengar. aku cakap ni ni berdasarkan fakta. sang badak dari termeloh dan sang monyet dari keramat dah berbuih mulut nasihat en kura-kura ni, dari dulu cakap yang cik bangau ni bukan dari spesis yang baik-baik dia tak nak dengar. bayangkan en kura-kura ni buat bodo jer.. kesian kawan-kawan aku sang monyet dan sang badak nie.. tapi diorang tak putus asa. maklum lah kawan.. tapi bila benda ni dah jadi kat en kura-kura mungkin sang badak dan sang monyet akan cakap "AKU DAH AGAK DAH. DULU KITAORG CAKAP XNAK DENGAR"

kesian en kura-kura..

aku tak salah kan en kura-kura. mungkin sbb fizikal nya yang kecil dan mmbawa beban yang berat dibelakang menjadikan dia slow sikit dan pengalaman dalam hidup menjadikan dia seorang yang penyabar dan cool. tapi cik bangau tlah mengambil kesempatan.. aku plak yang jd marah.

setiap yang terjadi ada hikmah.. diakhir perbualan en kura-kura ada menyatakan yang dia menyesal nagn perbuatan dia dahulu yang suka membelakang kan rakan-rakan rimba yang lain..

owh lepas itu en kura-kura ada memberitahu yang dia telah berlakon dalam filem terbaru pixar studio yang bertajuk Madagascar 2 - Dendam...

akhir nya tercapai cita-cita en kura-kura menjadi pelakon...

kesian aku lihat nasib en kura-kura. tapi dia masih ada lagi rakan-rakan rimba lain yang simpati...

Monday, July 7, 2008

aku blog dan hantu

last week aku tlah berjaya menghasut kawanku nol untuk buat blog. and now aku pun dah buat satu.. slamat datang min..

2.39am.

skarang aku kat johor. baru 6 hari kat sini. aku ada lagi 8 hari lg kat sini. badan dah rasa macam sial. bantal kat hotel cam babi. skarang aku dah rasa macam nak balik jer besok.. tp tak leh aku ada kerja. cari hantu konon.. chaitt!

tapi skarang aku lebih percaya benda2 yg dulu aku macam tak percaya. bila dah depan mata baru berpeluh ketiak.. baru kita tahu kuat tak kuat org kena rasuk.. badan diorg lagi kuat 6 kali ganda. kalu ngamuk.. lu pikir la sendiri.. aku dah lah baru sampai kat umah ustaz nie tetibe dah kena pegang org kena rasuk.. aku dengan control hensem trus g pegang. mak aihh.. kaki dia bapak kuat.. keje nak menyepak jer.. berpeluh jugak lah aku.. huhu.. slamat ustaz tu power..

2:58

besok nak ke kota tinggi plak.. nak jumpa bomoh mak leha. harap2 kota tinggi best.. huhu

end