Sunday, September 14, 2008

aku dan perbincangan ilmiah

weekend lepas aku telah mendengar perbincangan rimba yang sungguh ilmiah..

sang kura-kura memuji perbincangan tersebut..

aku dan beberapa teman rimba lain malas nak ambil pot sangat kerana mungkin aku telah muak, mual dan malas.. aku lebih pentingkan permainan poker d facebook.. (walaupun aku tak terer) untuk pengetahuan ramai, rimba ini mempunyai acces internet yang mempunyai kelajuan yang maksima.

perbincangan tersebut menyentuh pelbagai isu sehinggakan aku rasa terlalu intelektual untuk aku. jadi aku senyap jer lah kerana aku belum cukup ilmu didada untuk bercakap sesuatu yang aku tak reti dan mungkin tak akan mengerti. jadi aku biar kan 3 rakan rimba ini bersuara. 2 dari kerajaan haiwan dan 1 dari NGI non goverment individual.

perbincangan tersebut menyentuh mengenai melayu, anwar, umno, kemahuan rakyat, islam dan uitm..

fuyooo.. banyak topik diorang. jadi tak hairanlah jika perbincangan ini mengambil masa sampai 2 jam lebih..

biar pun ada beberapa hujah yang bagi aku agak tak masuk akal dan boleh dikatakan bodoh kedengaran, aku hanya mampu tersenyum dengan sang biawak putih. ini kerana perbincangan tersebut telah menjadikan mereka pandai berkata-kata.

permainan poker aku sedikit terganggu hampir kehilangan wang taruhan aku kerana ada beberapa ketika suara diorang menjadi agak 'bingit'

tapi satu yang aku respect adalah bagaimana cool nya sang kijang menangkis persoalan dengan tenang dan tanpa perlu beremosi. mungkin dia tak hot tapi dia cool kot... bagi aku sang kijang berjaya walaupun kadang2 dia diserang dengan soalan yang bertubi2.. kerana persoalan ini terhasil dari kepercayaan dan jangan lah sesekali mengubah atau mempersoalkan kepercayaan tersebut.. ingat itu sang kijang... hehe..

berita tak sama dengan kenyataan..

akhir sekali aku bersetuju dengan sang biawak putih, "apa yang kita lakukan mestilah datang dari hati. kalau ko tu sapa2 pun hati mau baik." kata sang biawak putih walaupun sang biawak putih tak menyertai perbincangan tersebut.

tahniah kepada semua sang rimba yg menyertai perbincangan tersebut secara langsung atau tak langsung..

esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

4 comments:

Anonymous said...

oi adakah si biawak putih pon bermain poker?aku jd haiwan apa mlm itu?cengkerik ke?

Anonymous said...

banyaknye binatang.

Unknown said...

serabut pala otak aku! siapakah disebalik topeng biawak putih dan kijang. xleh ke letak haiwan yang menyerupai mereka.senang sikit nak identify.AHAHAHAHAHAH!

tengku mohd azmin b. tg azhar said...

entahlah..
aku pun tak tahu..
kite semua dah macam binatang.